<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d11914450\x26blogName\x3dMy+Father+Is+A+Farmer\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://chaohai.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://chaohai.blogspot.com/\x26vt\x3d-8248264090765464277', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

My Father Is A Farmer

..and we work work work the day away.

« Home | Next » | Next » | Next » | Next » | Next » | Next » | Next » | Next » | Next » | Next »

Edisi Istimewa Merdeka

Sekiranya anda merupakan pengikut setia Ayah Saya Petani, anda tentu tahu saya hanya berblog dalam Bahasa Malaysia setelah habis meziarahi kasino. Saya berasa sedikit sakit hati kerana saya akan memutuskan jaringan tradisi tersebut pada hari ini.

Untuk maklumam semua, saya tidak berjudi hari ini. Tak tipu.

Hari ini merupakan hari yang amat istimewa. Hari yang gemilang, hari yang memang bermakna bagi semua insan yang melafazkan diri anak Malaysia. Negaraku yang tercinta dilahirkan pada tarikh ini, tepat empat puluh lapan tahun yang lalu.

Dan oleh sebab hari yang bersejarah ini, ramai blogger Malaysia bersetuju untuk berblog dalam Bahasa Malaysia sebagai suatu lafaz cinta yang kecil.

Semua yang hendak saya katakan tentang negaraku yang tercinta sempena hari bersejarah ini telah saya lakukan dalam post Merdeka! beberapa hari yang lalu. Tentunya, cinta yang dipegangku akan negara tersayang tidak dapat diwakili tepat oleh beberapa perenggan yang ditaip di laman Web.

Sekiranya anda berasa patriotik, saya menggalakkan anda melawati beberapa laman Web yang pada pendapat saya, sememangnya menyampaikan suatu representasi yang tepat akan Malaysia pada hari kemerdekaanya: Minishorts.net dan Merdeka Blogger Project.

Terima kasih, Malaysia. Kamu telah membimbing dan memegang tangan yang ramai tanpa penat lelah. Kamu telah mengkurniakan suatu hadiah kepada jiwa semua yang memanggilmu Negaraku. Dan kami sememangnya bersyukur.

Selamat Hari Merdeka.

say it