<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d11914450\x26blogName\x3dMy+Father+Is+A+Farmer\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://chaohai.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://chaohai.blogspot.com/\x26vt\x3d-8248264090765464277', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

My Father Is A Farmer

..and we work work work the day away.

« Home | Next » | Next »

Oh Kad Kertas Yang Tersayang..

Saya amat bosan. Saya telah duduk di makmal komputer ini selama 5 jam tanpa henti. Pernahkah anda tiba-tiba ingin bertutur/menaip dalam Bahasa Malaysia? Saya tengah mengalami phasa sedemikian, sepertimana yang saya yakin anda telah sedari.

Saya rasa saya ada masalah judi. Tolong jangan salah-faham. Saya bukan stereotaip yang anda fikirkan apabila perkataan-perkataan 'masalah judi' tiba di minda. Saya tidak melepak dalam kasino sepanjang hari.

Ya. Tidak.

Saya hanya berada di sana setengah hari.

Perasaan yang dialami apabila anda bermain blackjack atau poker di dalam kasino adalah sesuatu yang tidak mungkin dijelaskan dengan tepat. Anda perlu mengalaminya untuk faham serba sedikit tentang apa yang cuba saya ceritakan.

Blackjack. Terutamanya apabila bet anda besar sungguh, apabila kad pertama yang diberi merupakan Ace dan anda berharap dan berdoa dengan sekuat-kuat hati, kad seterusnya gambar! gambar! GAMBAR!

Atau apabila bermain poker, dan orang Indonesia di sebelah anda tengah bertutur dengan kawannya, berbincang tentang kandungan kadnya, tidak menyedari bahawa anda faham apa yang mereka sedang perkatakan. Memenangi wang mereka..

Bola memang kecut, perasaan yang unik sekali.

Hanya 2 hari lepas, apabila saya berada di kasino, seorang lelaki Cina (PRC) tengah menangis di tempat merokok dalam kasino. Sedang saya merokok dan menikmati teh panas, dia menangis dengan kuat sekali, dan berkata "Mampuslah, saya tidak ada wang makan dan bayar sewa rumah lagi! Saya hendak mati!" (Tentunya dia bercakap dalam Bahasa Cina, kerana dia tidak tahu bertutur Bahasa Malaysia.)

Kawan saya berkata yang dalam 40 tahun, saya akan menjadi lelaki Cina yang menangis itu.

Bola memang kecut, perasaan yang unik sekali.

say it