<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d11914450\x26blogName\x3dMy+Father+Is+A+Farmer\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://chaohai.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://chaohai.blogspot.com/\x26vt\x3d-8248264090765464277', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

My Father Is A Farmer

..and we work work work the day away.

« Home | Next » | Next » | Next » | Next » | Next » | Next » | Next » | Next » | Next » | Next »

Satu Lagi Foremost

Jam di dinding bertunjuk hampir dua pagi. Saya baru kembali ke rumah.

Sejak membuka mata pada pukul sepuluh pagi, saya tidak mengenjak dari bilik dan meja saya. Hari ini dipenuhi dengan tatapan mikrobiologi dan farmakologi. Amat membosankan. Tetapi kegiatan sebegitu memang diperlukan, kerana akan tiba ujian pada hari Jumaat.

Ben menelefon tepat pukul enam petang.

"Mari kita pergi makan sushi di Aya!"

Konsentrasi saya terus pecah. Ben berkata bahawa Ron dan Nick juga akan makan bersama. Walaupun anda adalah betul, anda tidak patut berkata bahawa saya tidak seharusnya menerima invitasi mereka.

Saya telah membaca buku dengan tekun selama.. selama.. saya tidak ingat. Lama sudah. Saya amat kehausan cinta rakan-rakan. Sudah terlalu lama saya tidak melihat muka mereka, menghidu bau mereka, merasai usapan mereka.

Jadi, kami pergi makan sushi. Kami makan dengan gelojoh sekali, seumpama manusia yang tidak pernah makan sushi. Apakah peribahasa yang sesuai? Seperti kerbau masuk bandar? Oh, saya tidak ingat. Sudah terlalu lama tidak mengaji Bahasa Malaysia.

Lepas makan sushi, kami sepatutnya balik rumah dan menyambung belajar, tetapi Ben mengajak kami minum kopi.

"Jomlah, sekejap je ni.. Bosan la kat rumah tiap hari. Saya bosan menonton gambar lucah sambil belajar."

Ayat yang terakhir telah saya cipta untuk kualiti hiburan. Anda terhibur?

Kami pergi meminum kopi. Sambil merokok, kami cakap kotek. Siap membayar bil, kami saling mengucap selamat tinggal and selamat berjaya dalam ujian yang akan datang.

Tetapi Nick membuka mulutnya. Dia mengatakan ayat yang paling teruk sekali, ayat yang telah menghancurkan banyak nyawa di dunia ini.

"Mari kita pergi kasino. Tak perlu main la. Tengok-tengok sahaja!"

Habis. Sudah sebulan saya tidak mengunjungi tempat penuh dosa itu. Sudah sebulan saya berjaya melawan nafsu judi. Kasino. Tempat yang banyak merunsingkan saya. Tempat yang akan menghancurkan saya suatu hari nanti.

Tengok-tengok sahaja? Lawak bodoh gila. Perkataan yang tidak bermakna bagi orang seperti kami yang telah ditawan hantu judi, orang seperti kami yang mempunyai masalah judi yang amat kritikal dan membimbangkan.

Empat jam berlalu di dalam kasino.

Saya dengan gembira sekali menaip, yang walaupun ada masa apabila saya tengah kalah dengan teruk sekali, saya telah memenangi balik semua duit kalahan. Ya. Betul. Menggunakan semua kebolehan judi saya, akhirnya saya tidak kalah tidak menang. Rata.

Ayah, anda tidak perlu bimbang. Anda boleh terus menjadi petani. Tidak perlu berkerja lebih keras untuk wang.

Terima kasih. Terima kasih.

Revelasi telah dialami malam ini. Mengapa saya bertutur dalam Bahasa Malaysia setiap kali bercakap mengenai isu-isu judi? Saya pun tidak tahu.

Selamat malam rakan-rakan. Saya akan belajar serba sedikit lagi kemudian tidur.

Nick masih berada di kasino sekarang. Nick oh Nick. Mengapa engkau begini?

  1. Anonymous Anonymous | 4/5/05 5:05 PM |  

    alamak.. saudara hebat lah.. apa ni cakap kotek? lawak la.. kau terjemah terus mana boleh?

  2. Anonymous Anonymous | 4/5/05 5:06 PM |  

    alamak.. lupa pulak nama beta.. tu dia..

  3. Blogger tsh | 4/5/05 7:25 PM |  

    saya fikir lama sekali, tidak dapat frasa yang lebih tepat dari 'cakap kotek'

    ampun tuanku, beribu-ribu ampun!

  4. Anonymous Anonymous | 4/5/05 9:35 PM |  

    KKK! (BM untuk LOL .. haha) urmm ... *fikir* lawak la kau. aku tak boleh berhenti ketawa. aiya, aku mahu taip lebih tapi BM tak cukup baik, susah lah nak cakap. walaubagaimanapun, aku sangat suka baca blog kau. dos ketawa harian aku :)

  5. Anonymous Anonymous | 4/5/05 10:07 PM |  

    -Saya amat kehausan cinta rakan-rakan. Sudah terlalu lama saya tidak melihat muka mereka, menghidu bau mereka, merasai usapan mereka-

    Alamak!! Betulkah kau dah jadi pondan?? Chit Chit! Sedar tak kau yang dua ayat ni buatkan kau ter-sangat gay?? Sungguh tak sangka...lawak betui...hahaha

  6. Blogger tsh | 4/5/05 10:16 PM |  

    meiyun : terima kasih manyak-manyak :D

    yz : betuk ke? tatabahasa yang saya gunakan bertujuan menambah kualiti hiburan la.. jangan blur tetapi saya memang merindui mereka..

    hahaha :D

  7. Blogger tsh | 5/5/05 1:44 AM |  

    yz : jangan blur again!

    hua hua hua

  8. Anonymous Anonymous | 5/5/05 11:33 AM |  

    I am NOT. Sial...

  9. Anonymous Anonymous | 11/5/05 6:27 AM |  

    rusa masuk kampung!

    :)

say it